Friday 26 October 2012

METOD ISLAM - PROSES REVOLUSI (SIRI 2)


(BERSAMBUNG)

Allah s.w.t memerintahkan kita supaya jangan tunduk dan berkompromi dengan orang-orang yang menolak dan menafikan kebenaran Islam (pendusta-pendusta), biarlah mereka yang tunduk kepada kita! Siapakah pendusta-pendusta ini? Pendusta-pendusta dalam konteks ayat di atas ini, bukanlah hanya dimaksudkan kepada pembohong-pembohong semata-mata, tetapi khususnya ianya dimaksudkan kepada orang-orang yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap segala kebenaran daripada Islam.

 Bagi zaman kita sekarang ini, pendusta-pendusta (rejectors of faith) seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas ini boleh dimaksudkan kepada pemimpin-pemimpin Islam yang memboleh dan menghalalkan amalan politik demokrasi ini. Mereka ini adalah pendusta-pendusta di sisi Allah s.w.t kerana mereka menafikan kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi serta mereka menafikan kesyirikan dan kekufuran dalam mengamalkannya (agama demokrasi). Allah memerintahkan kita agar kita tidak tunduk kepada mereka ini, iaitu perintah Allah supaya kita mengingkari dan menentang mereka serta kita memusuhi dan membenci mereka dan kerajaan mereka yang syirik dan kufur itu.

Kerajaan demokrasi Malaysia sangat menginginkan supaya kita bersikap lunak, toleransi dan kompromi dengan mereka dan untuk bersama-sama mengamal, menghalal dan mengekalkan pemikiran dan kerajaan Jahiliyah demokrasi. Ayat-ayat ini melarang kita daripada mengamalkan sebarang sikap lunak, toleransi dan kompromi terhadap kerajaan demokrasi Malaysia, dan kita diperintahkan untuk terus sahaja mengingkari dan menentang dengan tegas dan keras terhadapnya. Tidak ada perlembutan, perlunakan, toleransi dan kompromi terhadap keajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini, dan Islam tidak sewajarnya berdailog dan berkomunikasi dengannya. Sikap Islam terhadap Jahiliyah daripada awal sehingga ke akhirnya hanyalah pengingkaran, penentangan, permusuhan dan kebencian berterusan. Inilah sifat dan kecirian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang semula jadi dalam menghadapi sebarang bentuk kesyirikan dan kekufuran.

Akhir sekali kaum kafir Quraisy telah mencadangkan satu lagi jalan supaya orang-orang Islam dan kafir hendaklah bersama-sama menyembah Tuhan yang disembah oleh Rasulullah s.a.w. dan Tuhan-Tuhan yang disembah oleh orang-orang kafir secara bergilir-gilir sebagai usaha berkompromi di antara Islam dengan kufur. Allah menurunkan surah Al-Kafirun sebagai jawapan kepada tawaran orang-orang kafir itu :-

Firman Allah: Al-Kafirun 1-6 

Katakanlah: Hai orang-orang kafir, Aku tiada menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agamamu, bagiku agamaku.

Allah swt mendeklarasikan dengan amat tegas, muktamad dan jelas bahawa sikap dan tindakan kita terhadap kufur dan segala apa yang berbentuk kufur ialah tanpa kompromi, dan tidak ada yang selain daripadanya. Tidak ada keraguan dan kekaburan. Sikap Islam terhadap agama demokrasi yang syirik dan kufur ini hanyalah tanpa kompromi daripada awal hingga ke akhirnya serta dengan mendeklarasikan kesimpulan agung: "bagimu agamamu, bagiku agamaku!"

Sikap tidak bersedia untuk berkompromi yang menjadi pegangan kuat Rasulullah s.a.w. dapat dilihat sekali lagi dalam peristiwa orang-orang Yahudi di Madinah yang memohon untuk berkompromi dengan Rasulullah s.a.w. dalam masalah pelaksanaan hukum Allah, di mana sekiranya Rasulullah s.a.w. bersedia untuk memberi kelonggaran dalam menjalankan hukum Allah, mereka berjanji untuk memeluk Islam kesemua sekali. Sikap Rasulullah terhadap rayuan itu walau pun dengan terpaksa menggorbankan kemungkinan orang-orang Yahudi itu untuk memeluk Islam, ialah tanpa kompromi (Al-Maidah: 44). Sebarang kompromi dengan Jahiliyah ialah ketundukan kepada Jahiliyah yang kesemuanya boleh membawa kepincangan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Kafirun) :
“Tauhid merupakan satu sistem, dan syirik merupakan satu sistem yang lain pula. Kedua-duanya tidak akan bertemu. Tauhid satu sistem yang membawa manusia dan alam seluruhnya kepada Allah yang tunggal, tiada sekutu bagi-Nya. Ia menentukan sumber tempat manusia menerima aqidahnya, syariatnya, nialai-nilai dan ukurannya, adab sopan dan akhlaknya, kefahaman-kefahamannya terhadap hidup dan alam. Sumber yang diterima oleh orang mukmin itu ialah Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya. Seluruh hidupnya ditegakkan di atas asas ini tanpa bercampur dengan sebarang bentuk syirik sama ada zahir ataupun khofi (halus).

Perpisahan yang jelas ini perlu kepada para pendakwah dan kepada mereka yang didakwah.
Kepercayaan-kepercayaan Jahiliyah telah bercampur aduk dengan kepercayaan-kepercayaan keimanan yang benar terutama pada kumpulan-kumpulan manusia yang telah mengenal aqidah yang benar, kemudian menyeleweng daripadanya. Kumpulan-kumpulan manusia seperti ini adalah paling degil untuk kembali beriman dalam bentuknya yang bersih daipada sebarang penyelewengan. Mereka lebih degil daripada kumpulan manusia yang tidak pernah mengenal aqidah yang benar. Mereka merasa diri mereka di atas jalan yang benar, sedangkan mereka sebenarnya sesat dan menyeleweng.

Percampuran aduk kepercayaan-keprcayaan dan amalan-amalan mereka di antara yang baik dengan yang rosak itu kadang-kadang memberi harapan kepada pendakwah untuk menarik mereka apabila ia mengiktirafkan mana-mana aspek daripada kepercayaan dan amalan mereka yang betul dan cuba membetulkan mana-mana aspek yang rosak, tetapi godaan dan harapan ini amat berbahaya.

Jahiliyah tetap Jahiliyah, Islam tetap Islam. Di antara kedua-duanya dipisahkan oleh satu perbezaan yang jauh. Satu-satunya jalan ialah keluar daripada keseluruhan Jahiliyah dan masuk ke dalam keseluruhan Islam, atau tinggalkan Jahiliyah dengan segala apa yang ada padanya dan pindah ke dalam Islam dengan segala apa yang ada padanya.

Langkah pertama bagi pendakwah ialah merasa dirinya benar-benar terpisah daripada Jahiliyah baik daripada segi pemikiran, cara hidup dan cara bertindak, iaitu satu perpisahan yang tiada titik pertemuan dan tiada kemungkinan untuk bekerja sama kecuali orang-orang yang berada dalam Jahiliyah itu berpindah dengan keseluruhan mereka ke dalam Islam. Tidak ada tampal menampal, tidak ada peneyelesaian separuh jalan, tidak ada pertemuan di pertengahan jalan biar bagai mana sekalipun Jahiliyah itu menyalutkan badannya dengan pakaian Islam atau memakai nama Islam.

Kejelasan gambaran ini dalam kesedaran pendakwah merupakan batu asas dakwah. Ia harus sedar bahawa dia bukan seperti mereka. Agama mereka tidak serupa dengan agamanya. Jalan hidup mereka tidak sama dengan jalan hidupnya. Dia tidak mungkin mengikuti jalan hidup mereka walaupun selangkah. Tugas utamanya ialah membawa mereka mengikuti jalan hidupnya tanpa ampu mengampu dan tanpa bertolak ansur sama ada sedikit atau banyak mengenai kehendak agamanya.

Itulah sikap pembebasan dan pemisahan diri yang sempurna dan tegas daripada kaum kafir.
Para pendakwah hari ini amat perlu kepada perpisahan yang tegas ini. Mereka amat perlu kepada kesedaran bahawa mereka sedang mengembang semula Islam di dalam satu alam sekitar Jahiliyah yang menyeleweng atau dalam kumpulan manusia yang dulunya telah mengenal aqidah yang benar, tetapi setelah lama dilalui zaman, hati mereka menjadi keras dan menyeleweng daripada jalan yang benar.

Firman Allah : al-Hadid 16 

“Hati mereka menjadi keras dan sebilangan besar daripada manusia adalah fasik”.

Dalam melaksanakan dakwah di sana tiada dakwah separuh masak, tiada dakwah tolak ansur di tengah jalan, tiada sekadar membetulkan yang cacat, dan tiada dakwah tampalan-tampalan, malah dakwah kepada Islam adalah sama dengan dakwah di zaman permulaan, iaitu pemisahan yang putus daripada Jahiliyah.

Agamaku ialah agama Tauhid yang bersih yang menerima seluruh konsep dan nilainya, aqidah dan syariat daripada Allah yang tunggal sahaja tanpa sekutu dalam segala bidang hidup dan perilaku.

Tanpa pemisahan yang seperti ini, kekeliruan, kekaburan, bermuak-muka dan tampalan-tampalan akan terus kekal, sedangkan dakwah Islam tidak boleh ditegakkan di atas asas-asas yang lemah, malah ia tidak dapat ditegakkan melainkan di atas asas yang tegas, terus terang, berani dan jelas.” 

Perhubungan di antara Islam dengan demokrasi hanyalah PEMISAHAN dan PEMUTUSAN yang tegas, total, “complete” dan muktamad. Inilah dasar Islam yang jelas dan tegas daripada Allah swt yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw terhadap kekuasaan, ideologi, pemikiran, peraturan dan kebudayaan kufur dengan segala institusi kufurnya.

Demokrasi ciptaan manusia adalah satu agama yang kufur, sedangkan Islam adalah satu agama yang benar daripada Allah - tidak ada titik pertemuan yang total dan “absolute” di antara kedua-duanya. Islam tetap Islam, Jahiliyah tetap Jahiliyah. Demokrasi adalah Jahiliyah kerana aqidah, syariat dan akhlaknya adalah Jahiliyah, sudah tentu ia tidak boleh berbentuk Islam atau bersesuaian dengan Islam, dan semestinya ia bertentangan secara total dengan Islam. Sikap dan tindakan Islam terhadap agama demokrasi hanyalah dalam bentuk tanpa kompromi buat selama-lamanya. Sebarang kompromi atau hanya perundingan dan “dialogue” untuk mencapai sesuatu persetujuan, persefahaman atau kata sepakat di antara kedua-duanya bermakna mala petaka, kebencanaan dan kehancuran kepada Pergerakan Islam dan perjuangan Islam serta juga kerosakan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Hakikat demokrasi ini adalah kufur dan bahawa Allah memerintahkan kita supaya menghancurkan kerajaan demokrasi ini hendaklah dideklarasi dan disampaikan dengan jelas, terus terang, “direct”, tegas dan berani dalam situasi kekuasaan Jahiliyah yang zalim dan menindas ini. Jangan diselindung-selindung dan dikias-kiaskannya sahaja, tetapi, sekali lagi ditegaskan di sini, hakikat-hakikat ini hendaklah dideklarasi dan diprokalamasikan dengan jelas, terus terang, “direct”, tegas dan berani. Perjuangan kita sekarang ini adalah sama dengan perjuangan Islam di zaman Rasulullah saw di Mekah dahulu, iaitu perjuangan yang memisah dan memutuskan dengan total di antara Islam dengan Jahiliyah, lebih khusus lagi, perjuangan yang memisah dan memutuskan di antara Islam dengan demokrasi dengan total.

 Perjuangan kita sekarang ialah untuk menyampaikan kepada massa umat Islam bahawa demokrasi ini adalah satu sistem hidup kufur, iaitu satu agama kufur, bahawa mengamalkannya bererti kita mengamalkan agama yang syirik dan kufur, bahawa Allah memerintahkan kita supaya kita memisahkan diri kita daripadanya dengan total, dan untuk mencabar dan menghancurkannya supaya pengabdian kita yang total itu hanyalah kepada Allah sahaja yang menyempurnakan pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah : Muhammad 35 

Oleh itu (wahai orang-orang mukmin) janganlah kamu merasa lemah dan mengajak (orang-orang kafir) kepada perdamaian, sedangkan kamu golongan yang tertinggi dan Allah bersama kamu dan Dia tidak akan mengurangkan pahala amalan-amalan kamu.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Maksudnya kamu adalah golongan yang tertinggi kerana itu janganlah kamu merasa lemah dan mengajak orang-orang kafir berdamai. Kamulah golongan yang tertinggi dari segi Aqidah, kefaman dan pandangan terhadap hidup ini. Kamulah golongan yang tertinggi dari segi hubungan dan pertalian dengan Allah yang Maha Tinggi. Kamulah golongan yang tertinggi dari segi cara hidup, matlamat dan tujuannya. Kamulah golongan yang tertinggi dari segi perasaan, akhlak dan tingkah laku. Dan kemudian kamulah golongan yang tertinggi dari segi kekuatan, kedudukan dan petolongan kerana bersama kamu ada kekuatan yang Maha Agung – “Allah bersama kamu.”

Oleh itu kamu bukan bersendirian. Kamu sentiasa ditemani oleh Allah yang Maha Tinggi, yang Maha Gagah, yang Maha Kuasa dan Maha Perkasa. Dia penolong kamudan sentiasa hadir bersama kamu untuk mempertahankan kamu. Apakah nisbahnya musuh-musuh kamu itu jika Allah telah bersama kamu? Di samping itu segala apa yang dikorbankan kamu, segala apa yang dilakukan kamu dan segala pengorbanan yang membebankan kamu adalah dihitungkan pahala untuk kamu. Tiada satu pahala pun yang hilang.”

Jangan sekali-kali kita berdamai, berkompromi, berdialog dan berkomunikasi dengan kerajaan demokrasi yang menjadi musuh kita ini. Jangan kita dahului untuk menghulurkan tangan perdamaian kepada mereka. Dan jangan pula kita sambut tangan-tangan perdamaian mereka yang dihulurkan kepada kita.

Perdamaian hanya berlaku setelah kita mencapai kemenangan ke atas mereka dan mereka itu pula tunduk dan mengalah serta mengakui ketuanan kita. Perdamaian itu juga boleh berlaku sekiranya mereka itu menyerah kalah tanpa sebarang konflik dengan kita dan dengan suka hati sahaja mereka itu melenyapkan diri mereka sendiri untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada kita. Kalau tidak, kita hanya terus sahaja berjuang dengan gigih dan semangat Jihad yang kental hari demi hari dengan tegas mengamalkan dasar tanpa kompromi terhadap mereka dan tanpa termimpi sedikitpun untuk berdamai dengan mereka sehingga kita mencipta kemenangan yang muktamad ke atas mereka. Sebarang kompromi akan mengakibatkan padah yang amat buruk kepada perjuangan kita, mereka akan bertambah kuat semantara kita pula akan menjadi semakin lemah. Mengapakah kita seharusnya berkompromi sedangkan kita adalah umat yang tinggi dan mulia, serta yang mempunyai kekuatan, baik dalaman mahupun luaran, kerana Allah bersama kita!

Firman Allah : al-Insan 24, 25, 26 

Oleh itu sabarlah menunggu keputusan Tuhanmu dan janganlah engkau ikut orang-orang kafir daripada golongan mereka. 

Dan sebutlah nama Tuhanmu pagi dan petang. 

Dan di waktu malam sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya di malam hari yang panjang.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kerana mereka bukan menyeru kamu kepada ketaatan dan tidak pula kepada kebaikan dan kebajikan. Mereka adalah orang-orang berdosa dan tidak beriman kepada Allah. Mereka sebenarnya mahu menyuruhmu kepada sesuatu dosa dan kekufuran ketika mereka mengajakmu berdamai dan mencari jalan tengah dan ketika mereka mengemukakan tawaran-tawaran yang mereka fikir dapat menarik hatimu. Mereka telah mengemukakan berbaga-bagai tawaran kepada Rasulullah saw, iaitu tawaran jawatan menjadi ketua mereka, tawaran harta kekayaan yang boleh menjadikannya seorang hartawan yang paling kaya di kalangan mereka dan tawaran wanita-wanita jelita. Pernah Utbah Ibn Rabiah berkata kepada beliau:

“Berhentikan dakwah ini supaya aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku, kerana akulah yang memiliki anak-anak perempuan paling cantik dalam suku Quraisy.”

Itulah kepuasan nafsu-nafsu syahwat yang ditawarkan oleh pejuang-pejuang kehidupan yang batil untuk membeli pendakwah-pendakwah agama Allah di mana-mana negeri dan dalam setiap generasi manusia.

Firman Allah : al-Insan 24 

Oleh itu sabarlah menunggu keputusan Tuhanmu dan janganlah engkau ikut orang-orang kafir daripada golongan mereka.

Kerana tiada titik pertemuan di antara engkau dengan mereka dan tidak mungkin didirikan satu jambatan di atas jurang yang memisahkan di antara budaya hidup engkau dengan budaya hidup mereka, di antara kefahaman engkau dengan kefahaman mereka terhadap alam, di antara kebenaran engkau dengan kebatilan mereka, di antara nur engkau dengan kegelapan mereka, di antara ilmu engkau dengan kejahlan mereka terhadap kebenaran.

Allah melarang kita daripada menerima segala cadangan dan tawaran daripada orang-orang kafir, sama ada dalam bentuk kekuasaan politik, harta ataupun wanita, kita diperintahkan supaya hanya menjalankan dakwah dan perjuangan kita mengikut jalan-jalannya sahaja seperti mana yang diajarkan kepada kita oleh Allah dan Rasul-Nya sahaja. Bekalan kita dalam menghadapi segala tipudaya dan pujukan, tawaran dan tukaran, penindasan dan kezaliman daripada orang-orang kafir dan kekuasaan-kekuasaan yang kufur itu hanya solat, doa, zikir, taqwa dan sabar sahaja. Allah berjanji untuk membantu para pejuang Islam dengan syarat kita terlebih dahulu telah mentaati dan menepati segala peraturan dan konsep dalam perjuangan Islam!

Bukan sahaja kita tidak boleh berkompromi dan berdamai dengan kerajaan demokrasi dan musuh-musuh Islam seluruhnya, malah kita dilarang walaupun hanya untuk berunding, berbincang dan mengadakan “dialogue” sahaja dengan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini – musuh Allah dan musuh kita. Sekiranya sesuatu perjuangan Islam itu, meskipun sekadar “BERDAILOG” dengan pemerintah Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis, iaitu untuk mengadakan sesuatu perundingan yang melibatkan pengenduran atau timbang-menimbang bagi kedua-dua pihak, ianya merupakan satu bentuk kompromi dan akan menimbulkan bibit-bibit kehancuran kepada revolusi Islam. Perundingan, “dialogue”, persetujuan, kata sepakat, kompromi dan perdamaian adalah tektik, perdayaan dan permaianan kufur untuk mensabotajkan kita sahaja. Jauhkanlah diri kita daripada segala gejala ini. Bagi perjuangan Islam, tidak ada dailog dan tidak ada perundingan dengan pemerintah sekular kufur ini, pilihan yang terbuka kepada Jahiliyah hanyalah untuk menerima ideologi Islam dan pemerintahan Islam semua sekali dan untuk melenyapkan dirinya daripada muka bumi ini.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Al-Quran) menyatakan:
"Kewujudan dan kepercayaan-kepercayaan dan pemikiran-pemikiran yang mulia dan hina di dalam masyarakat-masyarakat itu mungkin menimbulkan keinginan seseorang yang berjuang ke arah sistem Islam untuk mencapai matlamat dengan cepat yang menyangka bahawa ia mungkin berupaya untuk memperkuatkan aspek-aspek yang baik dalam kehidupan mereka dan memperbaiki ciri-ciri yang tidak diingini! Keinginan ini adalah penyimpangan yang berbahaya. Kerana Jahiliyah tidak lain melainkan Jahiliyah dan Islam sama sekali berbeza daripadanya. Jalan untuk menghubungkan di antara kedua-duanya ialah untuk Jahiliyah itu melenyapkan dirinya sama sekali dan untuk menggantikan undang-undang, nilai-nilai, norma-norma dan konsep-konsepnya dengan yang Islam.

Langkah pertama yang sepatutnya diambil oleh seseorang yang menyeru manusia ke arah Islam ialah untuk memisahkan dirinya daripada Jahiliyah. Ia hendaklah memisahkan dirinya ke tahap bahawa sesuatu persefahaman atau perhubungan di antaranya dengan Jahiliyah itu adalah sama sekali mustahil melainkan dan setelah orang-orang Jahiliyah itu memeluk agama Islam sepenuhnya: tidak ada pencampuran, tidak ada langkah-langkah sementara atau perdamaian yang dibenarkan, walaupun Jahiliyah itu kelihatan begitu bijak sekali dalam mengambil alih peranan Islam atau mencerminkannya.

Asas yang utama dalam personaliti orang yang menyeru manusia kepada Islam ialah untuk memanifestasikan dengan jelas akan hakikat ini di dalam dirinya dan dengan keazaman yang penuh keimanan untuk sama sekali berbeza daripada mereka.

Mereka mempunyai agama mereka dan ia mempunyai agamanya. Tanggung jawabnya ialah untuk mengorientasikan mereka itu supaya mereka mengikuti jalannya tanpa sebarang perlindungan atau kepura-puraan. Sekiranya ia gagal untuk berbuat demikian, ia hendaklah mengundurkan dirinya seluruhnya dan memisahkan dirinya daripada kehidupan mereka dan mendeklarasikan dengan terbuka kepada mereka "Kamu dengan agama kamu, aku dengan agamaku.

Hal ini adalah satu kemestian bagi pejuang-pejuang Islam dewasa ini. Mereka hendaklah menyedari bahawa perjuangan Islam sekarang ini adalah dalam persekitaran yang sepenuhnya Jahiliyah dan di kalangan orang-orang yang bersifat bekas Muslim yang hati-hati mereka telah bertukar menjadi semakin keras dimana keimanan mereka telah mengalami kemerosotan yang ketara. Mereka hendaklah menyedari bahawa tidak ada ruang untuk solusi-solusi jangka pendek atau solusi separuh jalan, atau penebusan seseparuh atau penyesuaian, dan perjuangan mereka hendaklah uniknya dan khususnya nyata-nyata Islam, sama sekali berbeda dengan bentuk Islam yang difahami oleh orang-orang itu. Mereka hendaklah menghadapi orang-orang itu dengan berani dan khususnya untuk mendeklarasikan kepada mereka: "Kamu dengan agama kamu, aku dengan agamaku." Agama kita adalah berdasarkan kepada monotesme yang "absolute", yang konsep, nilai, kepercayaan, dan undang-undangnya adalah meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia dan kesemuanya adalah daripada Allah dan tidak selain daripada-Nya."

Saiyyid Qutb menegaskan bahawa setiap pejuang Islam hendaklah memisahkan dirinya daripada kerajaan kufur ini, sama ada dalam bentuk fizikal, mahupun dari segi pemikiran dan rohani, dan untuk mengamalkan sikap yang tegas dan sama sekali tidak bersedia untuk berkompromi dengan mereka itu serta untuk mendeklarasikan kepada mereka konsep Islam yang maha agung – ‘bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku!


1.    KONFRANTASI TERBUKA

Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti pertembungan secara langsung atau "HEAD-ON COLLISION" yang aktif dan terbuka di antara Islam dengan demokrasi dan kerajaan demokrasi kerana ianya (demokrasi) adalah terdiri daripada pemikiran, peraturan dan undang-undang yang syirik dan kufur yang sama sekali bertentang dan berkontradiksi dengan pemikiran, peraturan dan undang-undang Islam. Konsep NAFI dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap segala bentuk dan jenis kesyirikan dan kekufuran termasuklah demokrasi dan kerajaan demokrasi.

Firman Allah: al-Imran 64 

Katakanlah: Wahai ahli kitab, marilah berpegang kepada satu perjanjian yang saksama di antara kami dengan kamu, bahawa kita jangan memnyembah melainkan Allah dan kita jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan jangan pula sesetengan kita menjadikan setengah yang lain sebagai Tuhan selain dari Allah, dan jika mereka berpaling, katakanlah (kepada mereka) – saksikanlah bahawa kami sekelian adalah golongan Muslim

Saiyyid Qutb menjelaskan (Fizilalil Quran):
“Perbandingan di antara golongan Muslim dengan orang-orang yang mempertuhankan sesama manusia selain daripada Allah ini menjelaskan secara tegas dan muktamad siapakah golongan Muslim yang sebenar. Mereka ialah orang-orang yang menyembah Allah yang Maha Esa sahaja dan diperhambakan kepada Allah yang Maha Esa sahaja dan mereka tidak memperhambakan sesama manusia selain daripada Allah. Inilah sifat yang membezakan mereka daripada segala agama dan membezakan cara hidup seluruh manusia yang lain. Andainya sifat ini wujud, merekalah golongan Muslim yang sebenar, dan jika sebaliknya sifat ini tidak wujud, mereka bukanlah golongan Muslim yang sebenar walaupun mereka mendakwa diri mereka sebagai golongan Muslim.

Islam adalah pembebasan diri yang mutlak daripada perhambaan kepada sesama manusia dan hanya sistem hidup Islam sahaja di antara seluruh sistem hidup yang lain yang dapat menghakikatkan pembebasan ini.

Manusia di dalam seluruh sistem hidup ciptaan bumi adalah mempertuhankan sesama manusia selain daripada Allah. Ini berlaku dalam negara-negara yang paling terkehadapan dari segi amalan sistem demokrasinya sebaimana juga yang berlaku di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem diktatur. Ciri pertama daripada ciri Rububiyah ialah hak untuk memperhambakan manusia, iaitu hak mengadakan sistem-sistem, undang-undang, peraturan-peraturan, nilai-nilai dan neraca-neraca untuk mereka. Semua hak ini di dalam seluruh sistem ciptaan bumi adalah didakwa dimiliki oleh sesetengah manusia – dalam apa sahaja bentuknya – dan urusan ini dirujukkan kepada sekumpulan orang - dalam apa sahaja kedudukan mereka, dan kumpulan inilah yang menundukkan orang lain kepada undang-undang dan peraturan yang digubal oleh mereka, kepada nilai-nilai, neraca-neraca dan kefahaman yang telah ditetapkan oleh mereka, dan kumpulan inilah yang merupakan Tuhan-tuhan bumi yang diambil oleh sesetengah manusia selaku Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah dan membenarkan mereka mendakwa memiliki ciri uluhiyah dan rububiyah. Ini bererti mereka menyembah kumpulan ini selain daripada Allah s.w.t walaupun mereka tidak sujud dan rukuk kepada mereka, kerana ubudiyah ialah ibadat yang hanya ditujukan kepada Allah s.w.t semata-mata.”

Perintah Allah supaya Rasulullah saw mengisytiharkan prinsip Tauhid yang Maha Agung adalah satu sikap dan tindakan KONFRANTASI TERBUKA terhadap kaum Ahlil Kitab dan terhadap seluruh orang-orang kafir serta seluruh kekuatan dan kekuasan kufur di dunia. Ini adalah kerana AQIDAH kaum Ahlil Kitab dan orang-orang kafir adalah satu konflik dan kontradiksi yang terbuka, aktif dan total terhadap AQIDAH Islam. Sikap dan tindakan Islam terhadap mana-mana aqidah yang berkonflik dan berkontradiksi dengan terbuka, aktif dan total terhadap aqidah Islam ialah KONFRANTASI TERBUKA yang aktif dan total terhadapnya.

Begitu jugalah sikap dan tindakan kita terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah dalam bentuk KONFRANTASI TERBUKA yang aktif dan total, iaitu untuk mengisytiharkan bahawa kita menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya dengan terbuka, aktif dan total kerana AQIDAH kerajaan demokrasi Malaysia adalah berkonflik dan berkontradiksi dengan AQIDAH Islam, iaitu khususnya kerana kita hanya menyembah Allah dan tidak menyembah yang selain daripada-Nya sedangkan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini menyembah manusia dan tidak menyembah Allah, dan kita tetap hanya mempertuhankan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa yang layak disembah dan sekali-kali tidak mempertuhankan yang selain daripada-Nya sedangkan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini mempertuhankan manusia dan tidak mempertuhankan Allah.

Firman Allah : al-Anaam 19 

Apakah kamu benar-benar mengaku bahawa ada Tuhan-Tuhan yang lain di samping Allah?. Katakanlah : “Aku sekali-kali tidak mengaku”. Katakanlah : “Sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri dengan segala apa yang kamu persekutukan Allah dengannya.“

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kaum Muslimin di muka bumi ini pasti mengambil pendirian ini terhadap Jahiliyah yang sedang berkembang memenuhi bumi. Mereka pasti bertindak melontarkan kalimah yang benar ke muka Jahiliyah dengan nada yang kuat dan lantang, nada yang memusutuskan hubungan dan memisahkan diri, nada yang menimbulkan gegaran yang menakutkan.

 Kemudian hendaklah mereka bertawajjuh kepada Allah dengan kesedaran bahawa Dialah Yang Maha Kuasa di atas segala sesuatu dan Dialah yang menguasai para hamba-Nya dan seluruh para hamba – termasuk sekelian Taghut yang angkuh – adalah lebih baik daripada seekor lalat. Andainya lalat merampas sesuatu daripada mereka, nescaya mereka tidak berupaya mengambil balik. Taghut itu sebenar tidak berkuasa mendatangkan sesuatu kemudharatan kepada sesiapa pun kecuali dengan izin-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui .

Kaum Muslimin juga pasti yakin bahawa Allah tidak akan menolong mereka dan tidak akan memenuhi janji-Nya untuk memberi kedudukan yang teguh kepada mereka di bumi ini selagi mereka belum berpisah dengan Jahiliyah di persimpangan jalan dan selagi mereka belum mengisytiharkan kalimah yang benar di depan muka Taghut dan mengemukakan penyaksian ini terhadap Jahiliyah , selagi mereka belum sanggup menyampaikan amaran dan mengumumkan peristiharan ini dan selagi mereka belum sanggup melakukan perpisahan dengan Jahiliyah dan mengumumkan pelepasan diri mereka daripada Jahiliyah

Katakanlah dengan tegas, jelas dan lantang bahawa tidak ada peraturan dan undang-undang yang lain daripada peraturan dan undang-undang Allah, katakanlah dengan tegas, jelas dan lantang bahawa tidak ada kerajaan dan pemerintahan yang lain melainkan kerajaan dan pemerintahan Allah, dan katakanlah dengan tegas, jelas dan lantang bahawa tidak ada pemikiran dan sistem kehidupan yang lain daripada Allah untuk manusia. Ini adalah perisytiharan dan perintah daripada Allah kepada kita yang amat tegas, jelas dan lantang supaya kita mengambil pengertian daripadanya.

Katakanlah dan isytiharkanlah dengan penuh bertenaga, serius, jelas dan lantang kepada seluruh umat manusia di dunia bahawa kita sama sekali dilarang daripada mengiktiraf peraturan dan undang-undang demokrasi dan kerajaan demokrasi atau mana-mana kerajaan dan undang-undang yang selain daripada Allah. Allah memerintahkan kita supaya kita berlepas diri dan memisahkan diri kita daripada demokrasi dan kerajaan demokrasi berserta segala peraturan dan undang-undangnya yang syirik dan kufur ini, kemudian daripada itu kita hendaklah mengiringinya dengan tindakan-tindakan KONFRANTASI TERBUKA yang aktif, tegas dan total terhadapnya. Sekiranya kita tidak melakukan pemisahan dan penyingkiran diri kita daripadanya serta kita tidak juga melancarkan konfrantasi terbuka terhadapnya, bererti kita mengiktiraf dan bersetuju dengannya, bererti kita mengekal dan membiarkannya untuk terus wujud, berkuasa dan beroperasi tanpa sedikitpun membantah dan mengganggunya, serta ianya bererti bahawa kita besekongkol dengannya, kesemuanya ini merupakan sikap dan perbuatan yang mengakibatkan aqidah kita mengalami kerosakan, dan Allah tidak akan membantu kita. Pemisahan secara fizikal yang disertai dengan perasaan hati yang terpisah daripadanya adalah di antara syarat-syarat Allah bagi melayakkan diri kita untuk mendapat bantuan dan pertolongan daripada-Nya.

Firman Allah: Fussilat 14

Janganlah kamu sembah melainkan Allah


Firman Allah: Hud 2
Agar kamu tidak sembah melainkan Allah

Persoalan yang INDUK dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ialah persoalan tidak menyembah yang selain daripada Allah. Seseorang yang berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ tidak akan taat, patuh dan tunduk kepada demokrasi dan kerajaan demokrasi kerana itu bererti menyembah Tuhan yang lain daripada Allah. Persoalan-persoalan politik, pemerintahan dan undang-undang adalah persoalan-persoalan yang membicarakan mengenai isu yang maha penting dalam kehidupan seseorang manusia - ‘siapakah Tuhan kita’ dan ‘kita menyembah siapa’. 

Dalam politik demokrasi, Allah bukanlah Tuhan kita. Manusia adalah Tuhan kita! Ketaatan dan kepatuhan kepada kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi bererti menyembah manusia dan mempertuhankan manusia serta dengan jelas sekali tidak menyembah Allah serta tidak mempertuhankan Allah.

Kalimah “Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah” bererti tiada pemikiran, peraturan dan undang-undang yang lain yang sah dan “legitimate” di sisi Allah swt melainkan pemikiran, peraturan dan undang-undang daripada Allah sahaja. Sikap dan pandangan seseorang yang beriman dan berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi adalah dalam bentuk :

1   Mengiktiraf dan mengaku bahawa demokrasi dan kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi adalah syirik dan kufur;

2. Mengamalkan sikap dan tindakan permusuhan, kebencian dan penentangan yang berterusan terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi sehingga ianya mengalami kehancuran yang total untuk digantikan dengan Islam;

3.Mengeluarkan diri daripada sistem politik demokrasi serta berpisah dan memisahkan diri daripadanya untuk berada di bawah satu kepimpinan yang baru .

Ini merupakan amalan konsep Konfransi Terbuka yang aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi serta terhadap segala peraturan dan undang-undang demokrasi, malah terhadap segala bentuk dan jenis kesyirikan dan kekufuran di atas muka bumi ini.

Firman Allah : al-A’raf 110, 127 

(Berkata para pembesar Firaun ) Ia bertujuan hendak mengeluarkan Tuanku daripada negeri Tuanku. (Firaun bertanya) Oleh itu apa yang kamu syorkan? 

Dan berkatalah pula para pembesar daripada kaum Firaun : Adakah Tuanku hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi  dan meninggalkan Tuanku dan apa-apa yang dipuja oleh Tuanku?

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Araf) :
Pertentangan Musa as terhadap Firaun dan para pembesarnya mendedahkan hakikat KONFLIK di antara seluruh agama Allah dengan seluruh Jahiliyah, di samping mendedahkan bagaimana Taghut memandang kepada agama Allah, bagaimana ia merasai agama Allah itu sebagai ANCAMAN terhadp kewujudannya dan seterusnya ia mendedahkan bagaimana kaum mukmin menyedari dan memahami hakikat perjuangan di antara mereka dengan taghut.

Firaun dan para pembesarnya sedar kepada bahaya konsep dakwah kepada Tuhan semesta alam. Mereka sedar bahawa konsep Tauhid Rububiyah bermakna MERAMPAS KUASA Firaun dan kuasa para pembesarnya yang diambil daripada kuasa Firaun. Oleh sebab itu mereka mengungkapkan bahaya itu dengan mengatakan bahawa Musa mahu mengusirkan mereka keluar daripada negeri mereka.

Huraian Saiyyid Qutb merumuskan bahawa kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah semula jadinya berbentuk ancaman, konflik dan Konfrantasi Terbuka di antara Musa as dengan Firaun, iaitu di antara Islam dengan kufur. Sejak daripada awal-awal lagi Firaun sudahpun dapat merasakan bahang bahaya kebangkitan Islam yang didasarkan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ini yang mencabarnya secara berani, tegas dan terbuka yang akan akhirnya mengakibatkan keruntuhan yang total kepada kekuasaan dan kedaulatan politik Firaun serta segala kebesaran dan keagungannya. Firaun menzalimi, menindas dan menentang Musa as kerana mempertahankan kekuasaan dan kebesarannya sendiri daripada kehancuran.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Ibrahim) :
Dakwah para Rasul adalah ditegak di atas aqidah mentauhidkan Allah dan menolak Tuhan-tuhan palsu serta memberi ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah, yakni memberi kepatuhan yang tulen kepada Allah dan mengaku Rububiyah Allah yang yang Maha Esa sahaja, iaitu kuasa Hakimiyah dan kuasa pemerintahan Allah. Oleh sebab itulah dakwah ini bercanggah secara langsung dengan tapak asas Jahiliyah dan menjadi ancaman kepada kewujudannya terutama apabila dakwah Islam mengambil bentuk satu kelompok yang tentu yang menarik anggota-anggotanya daripada kelompok Jahiliyah dan memisahkan mereka dari segi aqidah, segi kepimpinan dan kesetiaan yang diperlukan oleh dakwah Islam di seluruh tempat dan zaman .

Apabila kelompok Jahiliyah selaku kelompok tunggal dan padu merasa bahaya dakwah Islam itu sedang mengancam tapak asas kewujudannya dari segi Aqidah, di samping mengancam kewujudannya sendiri setelah Aqidah Islamiyah itu muncul dalam bentuk satu kelompok yang tentu yang berasingan dan bertentangan dengannya, maka di waktu inilah kelompok Jahiliyah akan menunjukkan belang dan sikapnya yang sebenar terhadap dakwah Islam.

Itulah pertarungan kewujudan di antara dua kelompok yang tidak mungkin hidup bersama atau hidup damai. Itulah pertarungan di antara dua kelompok yang masing-masing mempunyai tapak asas yang bertentangan satu sama lain. Kelompok Jahiliyah ditegakkan di atas tapak asas berbilang-bilang Tuhan yang disembah atau berbilang-bilang penguasa, di mana manusia bertuhankan sesama manusia, sedangkan kelompok Islam ditegakkan di atas asas wahdaniah Uluhiyah dan wahdaniah Rububiyah, di mana tidak ada ketaatan dan kepatuhan kepada sesama manusia.

Dan oleh sebab kelompok Islam dalam peringkat permulaan atau pada tahap pembentukannya setiap hari memakan tubuh kelompok Jahiliyah dan kemudian terpaksa menentang kelompok Jahiliyah itu sendiri untuk merebut teraju kepimpinan daripadanya dan menyelamatkan orang ramai daripada perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah yang yang Maha Esa sahaja. Oleh sebab perkara-perkara ini merupakan kepastian-kepastian kepada dakwah Islam apabila ia berjalan mengikut jalan yang betul, maka kelompok Jahiliyah daripada awal lagi tidak sanggup menghadapi dakwah Islam, dan daripada sinilah kita dapat memahami mengapa penentangan Jahiliyah itu sama dengan penentangan dakwah para Rasul yang mulia itu. Itulah penentangan untuk menyelamatkan diri daripada kehapusan, dan itulah penentangan untuk mempertahankan kuasa Hakimiyah yang merupakan salah satu ciri-ciri Uluhiyah yang dirampas oleh Jahiliyah yang memperhambakan manusia sesama manusia .

Jika inilah perasaan kelompok Jahiliyah terhadap bahaya dakwah Islam, maka lantaran itulah ia bangkit menentang dakwah dalam satu pertarungan hidup mati yang tidak mengenal lemah lembut, tidak mengenal gencatan senjata, tidak mengenal hidup bersama dan tidak mengenal damai. Kelompok Jahiliyah tidak akan menipu diri sendiri terhadap hakikat pertarungan itu, begitu juga para Rasul yang mulia salawatullahi wassalamuhu alaihim dan para mukminin yang mengikut mereka tidak akan menipu diri sendiri dan para mukminin itu pada hakikat pertarungan ini.

Dan berkatalah orang-orang kafir kepada Rasul mereka : Sungguhnya kami akan mengusir kamu daripada negeri kami atau kamu kembali semula kepada agama kami (Ibrahim 13).

Mereka tidak dapat menerima sikap para Rasul dan para mukminin yang mahu berbeza dan bersaing dengan mereka dengan aqidah, kepimpinan dan kelompok mereka yang tersendiri. Mereka menuntut para Rasul dan para pengikutnya supaya kembali semula kepada agama mereka dan bergabung di bawah kelompok mereka serta melarutkan diri dalam kelompok mereka ayat menghadapi tindakan diusir jauh dan dibuang negeri.

Tetapi para Rasul yang mulia tidak dapat menerima permintaan untuk bergabung dan melarutkan diri dalam kelompok Jahiliyah dan menghapuskan syakhsiyah kelompok mereka, kerana kelompok mereka ditegakkan di atas asas yang berlainan daripada asas kelompok Jahiliyah. Para Rasul tidak pernah berkata seperti segolongan orang-orang yang tidak memahami hakikat Islam dan hakikat struktur organik bagi masyarakat-masyarakat yang telah berkata : Eloklah ! Marilah kita menyeludup masuk ke dalam agama mereka supaya kita dapat mengembangkan dakwah dan Aqidah kita dari dalam.

Perbezaan Aqidah seseorang Muslim di dalam masyarakat Jahiliyah pasti diikuti perbezaan kelompok Islam dengan teraju kepimpinan dan kesetiaannya yang tersendiri. Ini bukannya perkara pilihan, malah ia merupakan perkara-perkara kepastian bagi struktur organik masyarakat yang membuat kelompok Jahiliyah begitu sensitif terhadap dakwah Islamiyah yang ditegakkan di atas tapak asas Ubudiyah manusia kepada Allah yang yang Maha Esa dan menyingkirkan Tuhan-tuhan palsu daripada pusat-pusat teraju kekuasaan, di samping menjadikan setiap anggota Muslim yang menggabungkan dirinya dalam masyarakat Jahiliyah sebagai pekerja kelompok Jahiliyah bukannya sebagai pekerja yang memperjuangkan Islam seperti yang disangkakan oleh setengah-setengah orang yang tertipu .

Kemudian ada pula hakikat qadariyah (perencanaan keputusan Allah) yang tidak seharusnya dilupakan para pendakwah kepada Allah, iaitu janji Allah untuk menolong para mukminin yang setia kepada Nya dan untuk memberi kedudukan yang teguh kepada mereka di bumi ini serta menentukan keputusan yang adil di antara mereka dengan kaum mereka tidak terlaksana dan berlaku melainkan setelah pejuang-pejuang dakwah membezakan kelompok mereka daripada kelompok Jahiliyah dan berpisah daripada mereka dengan berpegang kepada agama yang benar. Keputusan daripada Allah itu tidak berlaku jika pejuang-pejuang dakwah masih berpendirian lembik dalam masyarakat Jahiliyah, masih larut di dalam organisasi-organisasinya dan masih bekerja dalam sistem-sistem peraturannya. Setiap masa, di mana wujudnya pendirian lembik seperti ini, merupakan masa penangguhan janji Allah yang menjanjikan pertolongan dan kedudukan yang teguh (kepada orang-orang yang beriman ). Ini adalah tanggungjawab yang amat besar yang harus difikirkan oleh pejuang-pejuang dakwah kepada Allah yang masih mampu berdakwah.

Gerakan konfratasi terbuka daripada Islam ke atas kufur dan kekuasaan kufur adalah sifat Islam yang “natural” dan semula jadi yang bersumberkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Apabila sekelompok umat Islam yang kerdil memisahkan diri mereka daripada Jahiliyah dan daripada masyarakat Jahiliyah yang besar yang sedang berada disekelilingnya, dan mereka itu (sekelompok umat Islam) bergerak sebagai satu pergerakan di bawah satu kepimpinannya yang baru, yang berbeza, terasing, terpisah dan yang tersendiri, Jahiliyah sudah dapat mengesani bahawa kelompok kerdil umat Islam itu adalah sebenarnya satu kebangkitan Islam yang amat merbahaya kepada kesinambungan kekuasaan politik Jahiliyah itu, dan mereka (Jahiliyah ) sudah mengetahui mengenai nasib kesudahan mereka yang amat malang yang akan dialami mereka kemudian nanti. Kebangkitan Islam yang radikal dan revolusyeneri itu tidak memberi sebarang ruang dan pilihan yang lain kepada kekuasaan Jahiliyah melainkan untuk melancarkan berbagai-bagai bentuk penindasan dan kezaliman ke atas Pergerakan Islam itu bagi mempertahankan dirinya (Jahiliyah) daripada keruntuhan dan kehancuran. Daripada detik itulah bermulanya Konfrantasi Terbuka yang tidak kunjung padam di antara Islam dengan Jahiliyah.

Inilah cara Rasulullah s.a.w. di zaman Mekah di mana metod "Head-on Collision" ini terus dilancarkan oleh Baginda sebaik sahaja kumpulan asas atau Pergerakan Islam Janin yang dilatih, diasuh dan dipimpin dengan rapi dan kesungguhan di Rumah Arqam selama tiga tahun itu menunjukkan kesediaan dan kemampuan untuk menghadapi Jahiliyah dalam bentuk interaksi terbuka. "Head-on Collision " ini adalah Metod al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang berbentuk kekal abadi untuk diamalkan dalam perjuangan Islam di seluruh lokaliti di dunia dan dalam apa sahaja situasi dan latar belakang yang dilaluinya dan untuk seluruh ummah di dunia. Metod "Head-on Collision" ini adalah metod Konfrantasi Terbuka. Pergerakan Islam yang berjuang mengikut Metod Islam yang melancarkan gerakan-gerakan deklarasi, penentangan total dan tanpa kompromi, hanya membawa kepada suatu kesudahan - KONFRANTASI TERBUKA di antara Islam dengan kuasa kufur. Adalah tidak logis dan tidak semula jadi bagi sesuatu Pergerakan Islam yang berjuang di atas nama Islam tanpa menimbulkan situasi konfrantasi terbuka di antara Islam dengan kufur. Perjuangan Islam yang tidak mencetuskan konfrantasi terbuka di antara Islam dengan kufur, adalah satu petanda bahawa perjuangan itu berada di luar Metod Islam dan pergerakan itu terkeluar daripada sifat-sifatnya sebagai satu Pergerakan Islam yang tulen kerana ia tidak mendirikan Aqidah dan Pemikiran Islam sebagai teras perjuangannya.

Pergerakan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w sejak daripada zaman Mekah hingga ke zaman Madinah adalah satu konfrantasi terbuka yang berkesinambungan di antara Islam dengan kufur - konfrantasi terbuka dengan kaum Jahiliyah Mekah, dengan kaum Yahudi di Madinah, dengan kekuasaan Rom dan kekuasaan-kekuasaan kufur di sekitar Tanah Arab.

Firman Allah: al-Mumtahinah 4 

Sesungguhnya kami berlepas diri daripadamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya, sehingga kamu beriman kepada Allah satu-satu-Nya.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Itulah keputusan yang memutuskan hubungan dengan mereka, dengan Tuhan-tuhan sembahan mereka dan cara ibadat mereka. Itulah keputusan menolak agama mereka dan beriman kepada Allah. Itulah permusuhan dan kebencian yang tidak akan putus sehingga mereka beriman kepada Allah yang tunggal. Itulah pemisahan yang tegas yang tidak ada sebarang perhubungan dan pertalian selepas terputusnya hubungan aqidah dan pertalian iman. Itulah keputusan muktamad dalam menghadapi pengelaman yang dilalui oleh setiap manusia di dalam mana-mana generasi. Dan keputusan yang diambil oleh Nabi Ibrahim as dan pengikut-pengikutnya adalah menjadi contoh tauladan yang baik kepada angkatan Muslim yang datang selepas mereka hingga kepada hari kiamat.”

Interaksi dan perhubungan di antara Islam dengan kufur hanyalah permusuhan dan kebencian yang berterusan dan berkekalan. Tidak ada toleransi di antara kedua-duanya - sama ada Islam yang dominan dan berkuasa, ataupun kufur. Apabila Islam berkuasa, kufur akan menentangnya. Apabila kufur berkuasa, Islam akan menentangnya. Inilah hukum logis di antara dua pola fikrah yang bertentangan. Apabila kufur tunduk kepada kekuasaan Islam, ia adalah satu logis dan fitrah Islam. Apabila Islam tunduk kepada kufur, sepertimana Islam dan umat Islam yang sedang berada di bawah pemerintahan dan kekuasaan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis di Malaysia, ianya adalah satu penentangan terhadap segala HUKUM dan DASAR Islam, iaitu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadap ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu sendiri. Islam ialah umat yang satu (21:93), di satu pihak lagi, kufur ialah umat yang satu (3:118). Permusuhan Islam-kufur adalah satu kesemula jadian (natural phenomenon) dalam Aqidah dan Pemikiran Islam.

Firman Allah : al-A’raf 88, 89 

Kata pemimpin-pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaumnya : Wahai Syuaib, kami akan menghalau engkau keluar daripada negeri bersama mereka yang beriman , atau engkau kembali semula kepada agama kami. 
Syuaib berkata : apakah kamu akan bertindak begitu walaupun kami tidak menyukainya. 

Sesungguhnya kami telah melakukan pembohongan terhadap Allah jika kami kembali semula kepada agama kamu setelah  Allah menyelamatkan kami daripadanya.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kenyataan ini bertujuan supaya para pendakwah agama Allah mengetahui dan sedar bahawa pertarungan menentang golongan Taghut merupakan suatu kewajipan yang telah difardhukan ke atas mereka. Tidak ada faedah sedikitpun untuk cuba mengelak dan menjauhi pertarungan itu. Golongan Taghut tidak akan membiarkan mereka begitu kecuali mereka meninggalkan agama mereka secara keseluruhan dan kembali semula kepada agama para Taghut yang sesat itu setelah Allah selamatkan mereka daripadanya.

Sikap Nabi Syuaib as terhadap Taghut adalah Konfrantasi Terbuka! Ini adalah sikap Islam terhadap Taghut yang diajarkan Allah kepada kita melalui al-Quran .

Firman Allah : al-A’raf 195 

Katakanlah : Wahai Muhammad! Panggillah sekutu-sekutu kamu kemudian lakukanlah ankara tipu daya terhadapku (dengan segera) dan janganlah kamu memberi sebarang tangguhan kepada ku.
Firman Allah : al-A’raf 196 

Sesungguhnya Pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran (kepada ku) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh.
Firman Allah : al-A’raf 197 

Dan sekutu-sekutu yang kamu pohon pertolongan selain daripada Allah itu tidak berkuasa menolong kamu dan tidak pula berkuasa menolong diri mereka sendiri .
Firman Allah : al-A’raf 198 

Dan jika kamu menyeru mereka (sekutu-sekutu) supaya menunjukkan kamu ke jalan hidayat nescaya mereka tidak dapat mendengarnya, dan engkau memandang mereka melihat kepadamu, sedangkan sebenarnya mereka tidak dapat melihat.   ’



Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Itulah perintah daripada Allah Tuanpunya dakwah supaya Rasulullah saw mencabar Jahiliyah , dan perintah ini telah disampailan oleh Rasulullah saw tepat sebagai mana yang diperintahkan Tuhannya, di mana beliau mencabar kaum musyrikin di zamannya dan Tuhan - tuhan mereka yang palsu :

          Firman Allah : al-A’raf 196
Sesungguhnya Pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran (kepada ku) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh.

Dalam ayat ini Rasulullah saw mengumumkan bahawa beliau tetap bersandar dan berlindung pada Allah Tuhan yang telah menurunkan kitab suci al-Quran yang membuktikan bahawa Allah benar-benar berkehendak agar Rasul-Nya membentangkan isi kandungan al-Quran yang benar itu kepada manusia seluruhnya, juga berkehendak agar ajarannya yang benar itu mengatasi ajaran yang batil yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kebatilan, dan seterusnya Allah berkehendak untuk melindungi para hamba-Nya yang soleh yang menyampaikan ajaran-ajaran yang benar itu serta mendukung dan berpegang dengannya dengan penuh keyakinan .
Itulah pengakuan pendakwah kepada Allah selepas Rasulullah saw di setiap tempat dan zaman:

Firman Allah : al-A’raf 195 

Katakanlah ( Wahai Muhammad! ) : Panggillah sekutu-sekutu kamu kemudian lakukanlah ankara tipu daya terhadapku (dengan segera) dan janganlah kamu memberi sebarang tangguhan kepadaku.
Firman Allah : al-A’raf 196 

Sesungguhnya Pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran (kepada ku) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh.

Setiap pendakwah kepada Allah harus melepaskan dirinya daripada bersandar kepada kuasa-kuasa di bumi  dan memandang kecil kepada kuasa-kuasa itu .
Kuasa yang wujud di bumi itu sendiri lemah walaupun nampak kuat dan berkuasa :

Firman Allah : al-A’raf 73 

Wahai manusia, satu perbandingan telah dibuat. Oleh itu silalah dengar perbandingan itu. Sesungguhnya sembahan-sembahan yang kamu sembahkan selain Allah itu tidak akan berkuasa mencipotakan se ekor lalat walaupun mereka berkumpul dan bekerja sama untuk menciptakannya dan andainya lalat itu merampas sesuatu daripada mereka , nescaya tidak berdaya mengambilnya kembali daripadanya. Yang menyembah pun lemah dan yang disembah juga lemah.

           Firman Allah : al-A’raf 41
Bandingan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah adalah sama dengan labah-labah yang membuat rumah-rumah, sedangkan rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka mengetahui .

Pendakwah kepada Allah hendaklah bersandar kepada Allah. Apakah kuasa yang dimiliki oleh pelindung-pelindung dan sandaran-sandaran yang lain daripada Allah? Sekuat mana kuasa mereka pada tanggapannya walaupun ia diandai boleh menyakitinya? Namun mereka hanya boleh menyakitinya dengan keizinan Allah yang berkuasa melindunginya, bukannya kerana Allah lemah melindungkannya daripada kekekjaman mereka dan bukan pula kerana Allah berlepas tangan daripada membantu hamba-hamba kesayangan-Nya, malah apa yang telah berlaku kepada para pendakwah-Nya merupakan ujian Allah terhadap para hamba-Nya yang soleh untuk mendidik, menduga dan melatih mereka, di samping merupakan istidraj Allah terhadap hamba-Nya yang jahat untuk dijadikan alasan ditangguhkan azab dan diaturkan pembalasan yang rapi terhadap mereka . 

Kemudian apakah yang telah berlaku selepas penindasan yang dialami oleh generasi sahabat daripada kaum musyrikin itu dan selepas mereka berpegang teguh dan mencari perlindungan pada Allah yang telah menurunkan al-Quran dan melindungi para sahabat yang soleh ?

Sejauh yang diketahui sejarah golongan (sahabat) yang disayangi Allah telah berjaya mencapai kemenangan yang gemilang, kedudukan yang mulia dan teguh , sedangkan golongan Taghut yang ditumpaskan oleh golongan (sahabat) yang solehin telah mendapat kekalahan, kehinaan dan kebinasaan. Sementara saki baki daripada golongan musyrikin dan Taghut yang dibukakan Allah pintu hati mereka dan memeluk Islam telah menjadi pengikut-pengikut yang setia kepada para sahabat yang menjadi pelopor-pelopor Islam yang telah menanggung penderitaan dan penindasan dengan kepercayaan yang tidak bergoyang dan keazaman yang tidak pernah luntur.

Para pendakwah kepada Allah di setiap zaman dan tempat tidak akan mencapai kejayaan melainkan dengan kepercayaan , keazaman dan keyakinan seperti itu :

Firman Allah : al-A’raf 196 

Sesungguhnya Pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran (kepada ku) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh.

Allah telah memerintah Rasulullah saw supaya mencabar kaum musyrikin lalu beliau mencabar mereka . Beliau juga diperintah supaya menerangkan kepada mereka kelemahan Tuhan - tuhan mereka dan kekarutan kepercayaan syirik mereka lalu beliau menjelaskan kepada mereka :

Firman Allah : al-A’raf 197 

Dan sekutu-sekutu yang kamu pohon pertolongan selain daripada Allah itu tidak berkuasa menolong kamu dan tidak pula berkuasa menolong diri mereka sendiri .

Jika penjelasan ini tepat dengan berhala-berhala kepercayaan paganisme yang bersahaja di dalam Jahiliyah Arab yang kufur, maka ia juga tepat dengan semua Tuhan palsu yang disembah di dalam Jahiliyah moden .

Orang-orang yang mempersekutukan Allah di zaman moden ini mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa yang lahir di bumi Allah ini, sedangkan pemimpin-pemimpin itu sebenarnya tidak berkuasa untuk menolong mereka , malah tidak berkuasa menolong diri sendiri apabila Allah melakukan perencanaan yang dikehendaki –Nya terhadap mereka pada masa yang telah ditetapkan-Nya.

Jika berhala-berhala kaum musyrikin Arab yang bersahaja itu tidak dapat mendengar, dan mata mereka diperbuat daripada manik-manik atau permata itu kelihatan melihat tetapi tidak nampak, maka setengah-setengah Tuhan palsu di zaman moden ini juga tidak dapat mendengar dan melihat .Tanah air, bangsa , pengeluaran ekonomi, teori kepastian sejarah dan sebagainya daripada Tuhan - tuhan palsu yang disembah di zaman moden dan di antaranya terdapat Tuhan - tuhan yang dapat mendengar dan melihat iaitu manusia –manusia  yang berlagak seperti Tuhan yang diberikan sifat-sifat Uluhiyah yang berkuasa membuat undang-undang , peraturan dan memerintah , maka Tuhan - tuhan ini juga tidak dapat mendengar dan melihat . Mereka termasuk ke dalam kumpulan manusia yang disifatkan Allah :

Firman Allah : al-A’raf 179 

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan untuk neraka jahanam sebilangan besar daripada umat-umat jin dan manusia , iaitu mereka mempunyai hati (tetapi) mereka tidak menggunakannya untuk berfikir , mereka mempunyai mata (tetapi ) mereka tidak menggunakannya untuk melihat dan mereka mempunyai telinga (tetapi ) mereka tidak menggunakannya untuk mendengar. Mereka sama seperti binatang ternakan, malah mereka lebih sesat lagi . Merekalah orang-orang yang lalai.

Setiap pendakwah kepada Allah hanya akan menemui satu keadaan sahaja daripada Jahiliyah yang berbagai-bagai rupa itu , dan dia harus bersedia untuk berkata sebagai mana yang diperintahkan Allah kepada Rasul-Nya saw agar dia berkata :

Firman Allah : al-A’raf 195 

Katakanlah : Wahai Muhammad! Panggillah sekutu-sekutu kamu kemudian lakukanlah ankara tipu daya terhadapku (dengan segera) dan janganlah kamu memberi sebarang tangguhan kepada ku.
Firman Allah : al-A’raf 196 

Sesungguhnya Pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran (kepada ku) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh.
Firman Allah : al-A’raf 197 

Dan sekutu-sekutu yang kamu pohon pertolongan selain daripada Allah itu tidak berkuasa menolong kamu dan tidak pula berkuasa menolong diri mereka sendiri .
Firman Allah : al-A’raf 198 

Dan jika kamu menyeru mereka (sekutu-sekutu) supaya menunjukkan kamu ke jalan hidayat nescaya mereka tidak dapat mendengarnya, dan engkau memandang mereka melihat kepadamu, sedangkan sebenarnya mereka tidak dapat melihat.

Mereka tetap mereka juga di merata pelosok bumi dan di semua zaman !!

Demikianlah huraian-huraian Saiyyid Qutb yang memaparkan sikap Konfrantasi Terbuka Rasulullah saw yang jelas, nyata dan tegas terhadap orang-orang kafir. Sikap Konfrantasi Terbuka terhadap orang-orang kafir dalam berdakwah dan berinteraksi dengan orang-orang kafir ini adalah AJARAN dan SURUHAN Allah swt sendiri sebagai mana yang tergambar di dalam ayat–ayat yang jelas dan terang seperti di atas ini .

Firman Allah : Yunus 71 

“Dan bacakanlah kepada mereka berita Nuh ketika ia berkata kepada kaumnya : Wahai kaumku! Jika kamu merasa keberatan kerana aku tinggal bersama kamu dan kerana aku mengingatkan kamu dengan ayat-ayat Allah, maka aku tetap berserah kepada Allah. Oleh sebab itu bulatkanlah keputusan kamu dan kumpulkan sekutu-sekutu kamu dan janganlah keputusan kamu diselubungi sebarang kekeliruan kepada kamu, kemudian segeralah betindak ke atasku dan jangan sekali kamu menangguhkan tindakan-tindakan itu terhadapku.”

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Itulah cabaran Nuh as yang terus terang dan membangkitkan perasaan, iaitu satu cabaran yang tidak diucapkan oleh seseorang kecuali ia mempunyai kekuatan yang cukup dan keyakinan yang kukuh terhadap kelengkapan dirinya sehingga ia berani mendedahkan dirinya kepada musuh-musuhnya dan merangsangkan mereka dengan kata-kata yang membangkitkan keghairahan mereka supaya bertindak menyerangnya. Apakah kekuatan dan pelengkapan yang ada di belakang Nuh as? Dan siapakah kuasa-kuasa bumi yang ada bersama Nuh?

Kekuatan yang berdiri bersama Nuh ialah kekuatan iman, iaitu satu kekuatan yang membuat segala kekuatan yang lain menjadi begitu lemah di hadapannya dan membuat kekuatan bilangan yang ramai menjadi kecil dan seterusnya melemahkan segala perencanaan musuh. Yang sentiasa berada di belakang Nuh ialah Allah yang tidak membiarkan para hamba kesayangannya kepada rakan-rakan setia syaitan.

Hanya keimanan kepada Allah yang Maha Esa sahaja yang menguhubungkan seseorang dengan sumber kekuatan agung yang menguasai alam buana dengan segala isi dan penghuninya. Cabaran yang diperlihatkan Nuh ini bukannya suatu keangkuhan dan bukannya suatu keberanian yang membabi buta dan membunuh diri, malah ia merupakan satu cabaran kekuatan hakiki yang agung terhadap kekuatan makhluk yang kerdil dan fana yang menjadi begitu lemah dan kecil apabila berdepan dengan orang-orang yang beriman.

Para pendakwah kepada agama Allah harus mencontohi teladan-teladan yang baik yang telah ditunjukkan oleh para Rasul. Mereka harus memenuhi hati mereka dengan kepercayaan yang kukuh dan bertawakkal kepada Allah yang Maha Esa sahaja dalam menghadapi kekuatan Taghut dalam apa bentuk sekalipun.

Ingatlah bahawa kekuatan Taghut tidak dapat memudhratkan mereka kecuali dalam bentuk gangguan dan penindasan sahaja sebagai ujian daripada Allah, bukannya kerana Allah tidak berupaya menolong para hamba kesayangannya dan bukannya kerana Allah mahu membiarkan mereka begitu sahaja untuk menyerahkan mereka kepada pihak musuh, malah penindasan yang dialami mereka merupakan suatu ujian untuk menduga hati mereka dan barisan-barisan perjuangan mereka. Kemudian giliran kejayaan akan kembali kepada para mukminin, di mana janji Allah yang akan memberi kemenangan dan kedudukan yang teguh kepada mereka akan terlaksana.  

Firman Allah : Hud 54, 55 

Jawab Hud : sesungguhnya aku mempersaksikan Allah dan kamu sekelian hendaklah turut menjadi saksi bahawa aku tidak ada kena mengena dengan perbuatan kamu yang mempersekutukan Allah . 

Dengan yang lain daripada-Nya. Oleh sebab itu, Aturkanlah segala tipu daya kamu sekelian terhadap diriku kemudian (bertindaklah) tanpa memberi sebarang tempuh kepadaku.  

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Itulah pernyataan yang merupakan pemberontakan Hud as yang memutuskan hubungan dengan kaumnya, sedangkan dahulunya beliau merupakan sebahagian daripada mereka dan saudara mereka . Itulah pernyataan Hud as yang melahirkan perasaan takut berada dalam golongan mereka setelah mereka memilih jalan yang lain daripada jalan Allah. Itulah pernyataan yang membawa perpisahan di antara dua kelompok yang tidak mempunyai titik pertemuan dalam sesuatu hubungan setelah terputusnya hubungan Aqidah di antara keduanya.
Hud as telah mempersaksikan Allah Tuhanya bahawa beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kaumnya yang sesat itu. Dia telah terasing dan terpisah daripada mereka, malah beliau telah meminta mereka turut menjadi saksi atas perpisahan ini yang berlaku dihadapan mereka supaya mereka tidak ragu-ragu terhadap kebencian dan ketakutannya untuk hidup dalam golongan mereka.

Semua itu kerana kekuatan keimanan dan keunggulanya dan kerana keyakinan keimanan dan kemantapanya.

Seorang insan tertentulah merasa takjub melihat Hud as yang sebatang kara menghadapi satu kaum yang kasar, gagah berani dan bodoh hingga ke tahap mempercayai bahawa Tuhan-tuhan palsu yang disembahkan mereka berkuasa menimpakan ke atasnya suatu penyakit yang menyebabkanya bercakap tidak keruan dan memandang dakwahnya kepada Allah Yang Maha Esa sebagai cakap-cakap mencacau dan yang tidak rasional akibat peyakit yang dihidapiya. Ia tertentulah merasa takjub melihat Hud as yang sebatang kara menghadapi kaumnya yang begitu yakin terhadap Tuhan-tuhan palsu mereka dan ia sanggup memperbodoh-bodohkan aqidah mereka, mencela dan mengecam mereka di samping merangsangkan kemarahan mereka dan mencabar (agar mereka terus bertindak ke atasnya) tanpa meminta tempuh untuk bersedia dan tanpa membiarkan mereka berlengah-lengah yang boleh menyebabkan kemarahan mereka menjadi padam.

Ia tentulah merasa takjub melihat Hud as yang sebatang kara sanggup mencabar kaumnya yang kasar dan gagah berani, tetapi ketakjuban itu akan hilang apabila ia memikirkan faktor-faktor dan sebab-sebab yang wujud sebaliknya.

Itulah faktor keimanan, kepercayaan dan keyakinan Hud as kepada Allah  dan kepada janji dan pertolongan-Nya. Itulah faktor keimanan yang meresap sebati di dalam hati yang membuat Hud as memandang janji Allah itu sebagai satu realiti yang jelas di dalam hatinya dan tidak pernah diraguinya sedikitpun kerana realiti itu telah memenuhi  tangan dan hatinya yang terletak di dalam dadanya . Ia bukanlah janji di masa hadapan yang masih dalam alam ghaib, malah ia merupakan janji yang wujud di alam realiti, yang dapat dinikmati di mata dan di hati.            

Huraian-huraian Saiyyid Qutb mengenai ayat-ayat seperti di atas ini memaparkan sikap Nuh as dan Hud as yang melancarkan sikap Konfrantasi Terbuka terhadap kufur dan kekuasaan kufur sejak daripada awal sehingga ke akhirnya. Contoh Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu yang mengamalkan sikap Konfrantasi Terbuka merupakan perintah Allah kepada kita supaya kita mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan yang sama ke atas kufur dan kekuasaan  kufur di dunia ini .

Interaksi dan perhubungan di antara Islam dengan kufur hanyalah dalam bentuk KONFRANTASI TERBUKA dan PERMUSUHAN dan KEBENCIAN yang berkekalan. Perjuangan para Rasul, sejak Nabi-Nabi Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., Daud a.s. hingga kepada Isa a.s., adalah dalam bentuk konfrantasi-konfrantasi terbuka di antara pergerakan-pergerakan Islam itu dengan kuasa-kuasa kufur di zaman masing-masing itu. Dalam sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w., peristiwa-peristiwa hijrah (daripada Mekah ke Madinah), peperangan-peperangan Badar, Hunain, Khaibar, Muktah, Tabuk adalah manifestasi-manifestasi konfrantasi terbuka di antara Islam dengan kufur. Pusat-pusat kekuasaan Islam, bermula sejak daripada era-era Madinah, Sepanyol, Baghdad, Turki, Sokoto (Nigeria) hingga kepada zaman kerajaan Islam Moghul di India, dipenuhi dengan sejarah konfrantasi-konfrantasi terbuka di antara Islam dengan kufur yang pernah membawa Islam ke mercu kekuasaan dan keagungannya (Islam) di seluruh dunia, sehinggalah akhirnya sampai ke era kehancuran yang total kepada seluruh pusat-pusat kekuasaan Islam, terutama sekali Turki, itu pada 1924 di tangan-tangan imperialis Kristian Barat.

Segala tindakan dalam bentuk demonstrasi, protes, perarakan-perarakan, dan lain-lain tindakan radikal, membuka ruang-ruang dan peluang-peluang yang luas kepada massa umat Islam untuk berinteraksi dengan Pergerakan Islam yang kecil dan mula tumbuh itu, dan seterusnya untuk memahami tentang Aqidah dan Pemikiran Islam dan untuk akhirnya diserapkan ke dalam Pergerakan Islam itu. Konfrantasi terbuka ini bertindak sebagai satu proses untuk menerapkan Aqidah dan Pemikiran Islam yang radikal dan revolusyeneri ke dalam sistem pemikiran dan minda massa umat Islam sehingga ianya berakar umbi dengan kuat dan teguh di dalam sistem kehidupan mereka. Dalam pada itu juga, interaksi di antara massa umat Islam yang menganggotai Pergerakan Islam itu dengan tindakan-tindakan penindasan daripada kerajaan sekular kufur dapat membentukkan sifat-sifat dan keperibadian-keperibadian yang radikal dan revolusyeneri serta dengan keimanan dan komitmen yang tinggi di kalangan pejuang-pejuang Islam itu. Pergerakan Islam akan menjadi semakin kuat dan mantap di sepanjang perjalanannya itu dariapada satu masa ke suatu masa dan daripada satu tahap kepada satu tahap yang lebih tinggi dengan berkeupayaan untuk mengumpulkan kekuatan demi kekuatan daripada persekitarannya itu sendiri tanpa bantuan dan campur tangan daripada luar. Di sinilah terletaknya kekuatan dan keistimewaan serta ciri-ciri strategis Metod Islam.

Beginilah caranya Islam mula berkembang dan membesar semasa di zaman Mekah di bawah kepemimpinan Rasulullah saw. Cara inilah yang akan kita implentasikan di Malaysia.
Konfrantasi terbuka mempunyai keupayaan untuk melemahkan kerajaan demokrasi dalam jangka masa yang panjang :

1. Konfrantasi terbuka yang dilancarkan oleh Pergerakan Islam memaksa kuasa kufur untuk menghadapi Pergerakan Islam itu dengan reaksi konfrantasi terbuka juga : hal ini menafikan kepada mereka segala peluang dan ruang untuk mengeksploitasikan faktor-faktor kekuatan yang ada pada mereka, iaitu kekuatan dalam bentuk kewangan, propaganda (media), undang-undang, organisasi, institusi, strategi dan manipulasi;

2. Faktor masa berpihak kepada Pergerakan Islam kerana kuasa kufur itu akan kehilangan daya ketahanannya dalam jangka masa yang panjang :

·  Perbelanjaan yang besar akan melumpuhkan pentadbiran kerajaan;

·  Kesan-kesan negatif kepada pelaburan dan pembangunan ekonomi;

· Polis dan militeri yang bertindak semata-mata kerana saraan hidup sahaja tidak mampu untuk menyaingi ketahanan dan pengorbanan Pergerakan Islam yang berjuang dengan semangat syahada kerana inginkan keredhaan Allah.

Konfrantasi terbuka yang dilancarkan oleh Ibrahim Libya tanpa dirancang dan disedari oleh Ibrahim Libya sendiri, telah mencabar dan menggugatkan kestabilan dan kemantapan sistem politik demokrasi Malaysia sehingga membawa kepada peristiwa Memali yang tragis itu. Konfrantasi terbuka Ibrahim Libya muncul sebagai lanjutan yang semula jadi daripada deklarasi penegakan Aqidah dan Pemikiran Islam dan deklarasi penentangan terhadap aqidah dan pemikiran demokrasi serta diikuti dengan sikap penentangan total, tanpa kompromi dan tidak mahu tunduk kepada pemerintahan kufur. Konfrantasi terbuka yang lahir daripada sikap dan tindakan yang tegas dan berani di pihak Pergerakan Islam yang sangat kerdil dan amat lemah di Memali itu telah mampu untuk mencabar kekuatan dan kestabilan politik kufur yang wujud dalam bentuk satu negara bangsa. Mengapakah pergerakan-pergerakan Islam populis seperti PAS, yang berjuang sekarang ini tidak berkemampuan untuk mencabar kemantapan politik kufur? Ini adalah kerana mereka tidak memahami tentang Aqidah dan Pemikiran Islam dan tidak bergerak melalui Metod Islam, meskipun bilangan yang besar, mereka masih berada dalam posisi yang "No Risk" di sisi kerajaan kufur Malaysia.

Pergerakan Islam yang dipimpin dan ditauladani oleh Ibrahim Libya yang mencetuskan konfrantasi terbuka di antara Islam dengan kufur, hendaklah dihidupkan kembali. Sekiranya kita berjaya untuk membentukkan satu Pergerakan Islam yang terdiri daripada golongan pelajar-pelajar yang radikal dan dipimpin oleh ulama-ulama yang progresif yang didirikan di atas asas Aqidah dan Pemikiran Islam serta bergerak mengikut jejak langkah Ibrahim Libya, ia akan bertindak sebagai satu ancaman dan risiko yang besar kepada kerajaan demokrasi Malaysia.